Wednesday, May 11, 2011

Mayapada Metropolitan

salam suma,..^_^

                Pada kesempatan dan kelapangan ini, saya menyusun 10 jari, menadah tangan kehadrat ilahi atas kesempatan hidup yang dikurniakan, kita seharus dan sewajarnya sentiasa berterima kasih malah bersyukur atas kesempurnaan hidup kita diduniawi yang fana ini.

Dalam arus metropolitan yang semakin pesat membangun kini, ramai hamba Allah yang mudah lupa dengan tangggungjawab dan amanah yang telah digariskan kepada kita. Kita seringkali lupa @ alpa dengan mengikut aliran mayapada duniawi yang berliku-liku, yang kita sering kejar sehinggakan kita lupa yang dibelakang kita, kita tercicir, dan malas untuk berundur kembali oleh kerana asyik melayari laluan yang kita sendiri pun tidak  tahu dimana dan bagaimana penghujungnya. Dunia kini bagaikan menyesatkan kita, semakin pesat membangun, semakin senang kita terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya. Kita bagaikan tetikus yang sering ditolak kesana kemari, senang betul dipicit kanan dan kiri, kita terpaksa dan dipaksa mengikut telujuk, mungkin kerana kita akan diCOP ketinggalan zaman dan tidak mengikut perubahan situasi.

TAPI, mengapa kita perlu ikut sekirannya kita tidak pasti sama ada yang kita ikut dan anuti itu boleh membawa kesenangan kita diakhirat___?? "sudah gaharu cendana pula, kalau dah tahu jangan peningkan kepala"

       RETRO vs MODERN =__________???


Mayapada Metropolitan sememangnya memberi kesan posotif dan negatif kepada setiap individu. Semua itu  terpulang dari kita sahaja untuk menggunakan dan melayarinya sebagaimana yang terbaik, Oleh hal yang demikian, perubahan perlu dilakukan demi masa hadapan, akan tetapi dengan perubahan, kita tidak sewajarnya menggunakan akal cetek kita untuk mentafsir dan memilih cara yang muda untuk mengapai suatu kepuasan dan kejayaan.

by: seeraz uichirara

No comments: